15 Sept 2012

KALAU DULU AMBIL LESEN MEMANDU BILA NAK PAKAI KERETA BARU AMBIL.. TAPI SEKARANG DAH LAIN ,MAKIN SUSAH.






Pengenalan

Sistem Kejara

Satu Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya kepada pemandu-pemandukenderaan bermotor yang disabitkan dengan
kesalahan-kesalahan terjadual
di bawah Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997.

Sistem KEJARA adalah singkatan dari perkataan systemKESELAMATAN JALANRAYA. Sistem ini ditujukan khas kepada pemandu-pemandukenderaan yang memiliki lesen memandu CDL and Lesen Memandu Percubaan.

Kenapa Sistem KEJARA diwujudkan ?


Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya

Untuk meningkatkan kesedaran kepada pemandu-pemandu mengenai keselamatan jalanraya

Memastikan pemandu-pemandu mematuhi peraturan-peraturan jalanraya

Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya

Mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan jalanraya

Bagaimana Sistem KEJARA diwujudkan ?


Sistem KEJARA berfungsi di bawah APJ 35, 35A, 37 dan 38, dan juga Kaedah-kaedahKenderaan Motor (Mata Demerit) 1997

Rekod Pesalah Sistem KEJARA diwujudkan melalui notis saman yang berkaitan dengankesalahan-kesalahan terjadual and Mata Demerit akan dikira

Bagi pemandu lesen CDL yang telah mengumpul 15 atau lebih Mata Demerit, tindakan berikut akan diambil:

Objektif Sistem Kejara

1.
Meningkatkan kesedaran pemandu-pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya.
2.
Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya.
3.
Membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya

Pelaksanaan Sistem Kejara

Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta PengangkutanJalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahanterjadual yang dilakukan olehnya .
Penalti yang dikenakan di bawah Sistem Kejara
Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih matademerit


Kali Pertama - lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan

Kali Kedua - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan

Kali Ketiga - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan- lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalamtempoh 5 tahun




Lesen P dibatalkan apabila mengumpul 10 atau lebih mata demerit.

Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkansuatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripadaapa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesenmemandu (Lesen 'P'), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.
Penalti : Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didendaRM1,000.00 atau enam(6) bulan penjara

Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 matademerit akan diketepikan.