15 Mar 2012

Kandungan Coca - Cola Beralkohol ?


tHAT IN tHAT :P


Proton Holdings Berhad menerima 44 uniT


Proton Holdings Berhad menerima 44 unit tempahan bagi model baru P3 21A di seluruh negara sehingga jam 5 petang,
sempena pra pelancaran model itu,semalam.

Pengarah Urusan Kumpulannya,Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata,pelanggan
berminat boleh membuat tempahan awal dengan membayar deposit RM500 pada hari pameran dan di semua
kedai pameran Proton seluruh negara.

“Model P3 21A didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter Premium CPE, 1.6 liter Eksekutif CVT
dan 1.6 transaksi manual (MT).

“Harga bagi model terbaru ini pula dianggarkan sekitar RM62,000 sehingga RM75,000 seunit
mengikut varian,”katanya,ketika berucap dalam pameran automotif‘Power of 1’di Stadium
Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

Model P3 21A turut boleh diperoleh dalam enam warna iaitu merah,hitam,putih,coklat,biru dan perak.

Sementara itu,menurutnya,sepanjang pameran tersebut pelanggan boleh menikmati tawaran dan jualan
istimewa bagi kenderaan terpilih keluaran Proton.

Beliau berkata,antara kenderaan yang ditawarkan harga istimewa termasuk Exora Bold,Persona,Saga FLX,
Gen 2 dan Savvy dengan potongan harga daripada RM500 sehingga RM15,000.

Selain itu,kenderaan edisi khas seperti Exora,Persona,Saga dan Satria Neo turut akan diberikan diskaun
besar-besaran daripada RM5,500 sehingga RM15,000. Manakala, R3 Satria Neo yang dilancarkan tahun
lalu turut boleh diperoleh dengan diskaun RM6,000 daripada harga asal.

Bagi memudahkan memudahkan pelanggan, Proton turut menyediakan beberapa syarikat perbankan di
tapak pameran bagi menawarkan perkhidmatan dan nasihat kewangan.








Perbezaan Antara Lelaki Dan Wanita .







SAH ANWAR SOKONG YAHUDI MELALUI YAYASAN KONRAD ADNEUR (KAF)




Mampos hang kali nie Anwar tembelang sudah pecah dengan dedahan yang telah dibuat oleh orang hang sendiri melalui Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).Dokumen semua dah ada dan telah didedahkan oleh Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. antara lain mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.
Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.
Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).
"KAF secara terbuka menaja PKR menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di Jerman yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.
"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.
"KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman... KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).
"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh Anwar dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.
“Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008,"ujarnya.
Selain KAF, Mohd Zin mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.AD

Sumber Asal : Matkilaupenang.blogspot




VIDEO : MP PKR JADI MONYET DALAM DEWAN RAKYAT SEBAB ISRAEL.


Kecoh la Dewan Rakyat semalam.Kenapa Azmin Ali meroyan dan meronta macam beruk bila MP BN menyatakan Anwar menyokong Israel.MKP ambil jugak video nie walaupun dari pihak PAS.Tergelak tengok telatah Ahli Parlimen yang telah diundi oleh rakyat ditabalkan Yang Berhormat memperlihatkan telatah macam budak tadika bergaduh nak gula-gula paling mahal.

Semua sama umpama pinggan kata kat kawah pungkoq hitan padahal sama-sama dok menyondol rakyat dibawah kena tipu bulat-bulat.....Apa kejadah nie semua.....Pulak tue ini disiarkan oleh semua media masa,TV dan sebagainya.......malu lah woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....


Sumber Asal : Matkilaupenang.blogspot



JOM KITA PAKAT GELAK KAT ANWAR.


Gambar Anwar Lagi Teruk Sambut Thaipusam .


Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves.
Jika kita lihat dengan mata kasar nampak ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.
Oleh kerana orang yang pakar dalam hal ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau dilantik sebagai Mufti.


Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti. Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan. Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan.
Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulaRmak-ulaRmak Pas mempertikaikan Mufti Perak.
Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa bakul sumpah seranah, makian dan cacian yang diterima oleh Tan Sri Harussani. Haramsani, haram jadah, ulama duit dan macam-macam perkataan lagi semuanya akan keluar . Sejarah telah membuktikan perkara itu pernah berlaku.
Tetapi apabila Mufti Perak menegur PM, gelagat mereka seperti burung merpati ditabur beras. Zurrrrppppppp.......sepantas kilat , sahut menyahut mereka memuji Mufti yang puak-puak mereka gelarkan haraMsani dan haram jadah.



Ketua Penerangan Pemuda Pas - Sumber berita : harakahdaily
Dewan Pemuda PAS Pusat mahu lebih ramai para ulama, mufti dan golongan agamawan tampil menyatakan pandangan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam minggu lalu.Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor berkata, golongan itu perlu berani untuk menyatakan kebenaran seperti yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membantah tindakan Najib itu dan menyifatkannya sebagai ‘menggadai akidah’
  • "Pemuda PAS melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya.

Ketua Pemuda Pas - Sumber berita : harakahdaily
"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.


Naib Presiden Pas - Sumber berita : harakahdaily
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.
Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.

Mengulas tindakan Datuk Najib itu Mahfuz Omar juga berkata,
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu .


Kita juga sama-sama tunggu apakah Mahfuz Omar akan komen seperti dibawah ?
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Anwar wakilkan pemimpin beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”
Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .









Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ?

Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Sumber Asal : .dkini.com