28 Nov 2011

Ciri-ciri orang munafiq



1.Dusta.

2.Khianat.

3.Fujur dalam pertikaian.

4.Ingkar janji.

5.Malas beribadah.

6.Riya'

7.Sedikit berzikir.

8.Mempercepat solat.

9.Mencela orang-orang yang taat dan soleh.

10.Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.

11.Bersumpah palsu.

12.Enggan berinfak.

13.Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin.

14.Suka menyebarkan khabar dusta,senang memperbesar peristiwa atau kejadian.

15.Mengingkari takdir,selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.

16.Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh.

17.Sering meninggalkan solat berjamaah.

18.Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan.

19.Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir.

20.Takut terhadap kejadian apa saja.

21.Beruzur dengan dalih dusta.

22.Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan.

23.Bakhil dalam masalah kebajikan.

24.Lupa kepada Allah s.w.t.

25.Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya.

26.Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin.

27.Sombong dalam berbicara.

28.Tidak memahami masalah-masalah agama.
BAGAN SERAI-Kumpulan Walad Kechik yang terlibat dalam kes curi motosikal sekitar daerah ini 
tumpas dengan penahanan 12 remaja baru-baru ini.
Tangkapan itu dilakukan oleh Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Taskforce Ibu 
Pejabat Polis Daerah(IPD)Kerian dalam Ops Curi Motosikal pada 10 hingga 25 November lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian Superitendan Mat Fauzi Nayan berkata,pada operasi itu,menahan dua 
pelajar tingkatan lima ketika sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Nibong Tebal.
Menurutnya,hasil siasatan awal,pihaknya turut menahan 10 lagi rakan mereka berumur 17 hingga 24 tahun 
dipercayai ahli kumpulan Walad Kechik.
“Dua dari 12 remaja berkenaan mempunyai lima rekod jenayah lampau dan telah pun dituduh di mahkamah.
“Hasil siasatan,kami menemui 12 rangka motosikal yang dibuang ke dalam tangki najis dan tali air di 
kawasan Sungai Acheh serta Bagan Serai dengan bantuan Polis Marinm”katanya pada sidang media di 
Bilik Mesyuarat IPD Bagan Serai,semalam.
Beliau berkata,pihaknya turut mendapati,remaja berkenaan meleraikan komponen motosikal yang dicuri 
mereka dan menjualnya sebagai alat ganti.
Jelasnya, penahanan itu,turut membantu pihaknya menyelesaikan tujuh kes curi motosikal di daerah ini,
Selama,Seberang Perak dan Seberang Prai,Pulau Pinang.“Kini,kami giat menjalankan operasi bagi membanteras
jenayah curi motosikal di daerah ini walaupun statistik kes berkenaan di daerah ini semakin menurun.,” katanya.