25 Mar 2012

Jernih - amuk

LAGU LAMA DARI KUMPULAN AMUK.
Lagu ni legenda bagi aku .

Jepun dilanda salji setebal 65 ?








Dinoda dalam kereta.

SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.


Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.


Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.


Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.


Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.


“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.


“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.


“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.


“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.

Sumber

Budak tumbuh jambang.

ISTIMEWA...Nurul Afida menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal.

BACHOK: Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya berjambang, malah suaranya juga garau. Itu keunikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Nurul Afida Batrisya Razi dari Kampung Canggong, dekat sini.

Walaupun berbeza, kanak-kanak itu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya, malah bersekolah di prasekolah Taski Al-Yakubiah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kampung Nipah, dekat sini.

Ibunya, Asliza Omar, 37, berkata walaupun keadaan anaknya luar biasa dan sering menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, dia tidak malu, malah tidak menghalang anaknya itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

“Ketika dilahirkan, beratnya hanya dua kilogram dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bulu yang lebat. Bagaimanapun, saya bersyukur dia sihat.


 “Kekurangannya ketika ini lambat bercakap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. 


Rampasan perisian cetak rompak komputer riba.

SHAH ALAM: Pembeli dinasihatkan tidak tertipu dengan komputer riba baru ditawarkan dengan harga murah kerana berkemungkinan tinggi menggunakan perisian cetak rompak.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, harga yang ditawarkan premis agak murah berbanding perisian tulen, namun hakikatnya pembeli tertipu kerana ia tidak berkualiti.


Menurutnya, pada tahun lalu 180 serbuan dijalankan membabitkan perisian cetak rompak dengan nilai keseluruhannya RM1.82 juta, manakala berdasarkan rekod sehingga Mac lalu, sebanyak 62 serbuan dijalankan dan angka itu dijangka meningkat berbanding tahun lalu.

Terbaru, katanya, pada 21 Mac lalu satu serbuan di premis perniagaan komputer di Puchong membongkar kegiatan premis yang menjual komputer riba dengan perisian cetak rompak.


“Dalam serbuan itu KPDNKK mendapati tiga komputer riba mengandungi tujuh salinan langgaran di dalamnya dan semuanya dianggarkan bernilai RM24,000.


“Kegiatan itu terbongkar apabila kakitangan Busines Software Alliance (BSA) mengesan aktiviti berkenaan ketika pekerja kilang mengemas kini perisian melalui Internet sebelum dimaklumkan kepada kami.

“Walaupun berdepan tindakan dikenakan penalti antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran dan boleh dipenjara, namun masih banyak syarikat di Malaysia terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan profesional menggunakan perisian cetak rompak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Menara MRCB, di sini semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987 dan boleh didenda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran perisian serta penjara sehingga lima tahun.


Beliau berharap pembeli yang ingin membeli komputer riba baru tidak tertipu berikutan perisian cetak rompak menjejaskan industri perisian.

Akibat kuat main video games.






Cetak gambar anda dalam bentuk 3D.












 




lawati

Sumbangan tabung adik mawar 12- 216-02-002450-1

SHAH ALAM – Di sebalik kesulitan hidup yang dihadapi dan berdepan kekangan me*ngumpulkan dana RM35,000 buat pembedahan Mawar Farisya Farid Alsuwad dalam tempoh seminggu ini, masih ada pihak mengambil kesempatan terhadap mereka sekeluarga.

Menurut Sahida Ramli, ibu kepada adik Mawar, ada pihak yang menghubunginya menawarkan khidmat pembedahan secara ghaib bagi mengubati penyakit anaknya, dengan me*ngenakan jumlah bayaran RM5,000 bagi khidmat tersebut.

Katanya, individu tersebut memperkenalkan dirinya sebagai bomoh yang boleh mengubati Mawar, dan menyembuhkan segala penyakit yang dihidapinya termasuk lumpuh otak dengan mengatakan orang suruhannya akan datang dan melakukan pembedahan.

“Dia menyuruh saya memasukan wang RM5,000 terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan khidmatnya. Kemudian, perlu menunggu waktu tengah malam dengan menye*diakan semangkuk air.

“Pada mulanya, beliau menawarkan perkhidmatan dengan bayaran RM20 sahaja, namun meningkat kepada RM5,000,” katanya yang terkilan dan kecewa dengan sikap pihak cuba mengambil kesempatan terhadap kesulitan mereka.

Justeru itu, beliau kini semakin berhati-hati dengan khidmat bantuan pihak yang cuba me*ngambil kesempatan selepas rayuannya bagi mengumpulkan dana RM35,000 untuk membiayai rawatan pembedahan anaknya dilaporkan Sinar Harian, tiga hari lalu.

Menurutnya, Mawar perlu menjalani pembedahan segera atas nasihat doktor disebabkan keadaan kesihatannya yang baik setakat ini.

“Mawar mudah dijangkiti penyakit, kerana antibodinya lemah. Melihatkan keadaannya yang semakin baik doktor memberikan tempoh seminggu ini untuk menjalankan pembedahan segera, mereka yang ingin menyumbang boleh ke akaun Bank Islam milik Mawar, 12- 216-02-002450-1” katanya kepada Sinar Harian.

Oh my dream . haha