17 Mar 2012

Amir ditawar kerja, kereta dan rumah




KUALA SELANGOR: “Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,”kata kata Amir Mohd Omar,27,pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya,Faridah Maulud,66,
di sebuah hotel bajet,di Jalan Raja Muda di sini,minggu lalu.
Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, 
Datuk Jamhuri Abdul Rahman,43,di Kuala Selangor,semalam selain turut disediakan kereta 
dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.
Menurut Amir,dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan 
tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.



Ikuti kisah sebelumnya di bawah .






KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya. 


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh 
anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa,Kampung Baru,di sini,sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti 
lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor,tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih 
bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud,66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik 
disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda 
tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam,warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan 
dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

Sumber : Metro