22 Mar 2012

Chen Style Taijiquan First Form - Ji Hong Tai Chi College .

Pengajar :
Sarjana Luo Hong-Yuan, B.Ed., pengasas bersama Ji Hong Tai Chi College, mempunyai resume yang hebat, termasuk tempoh yang sangat berjaya sebagai Pengajar Wushu di Jabatan Pendidikan Jasmani di Selatan China Normal University dan sebagai anugerah pemenang dalam pertandingan dan kejohanan yang banyak di China, termasuk memenangi iklan pingat emas Antarabangsa Wuhan Taijiquan dan Pedang Pertandingan pada tahun 1984. Pelajar Sarjana Luo, lebih dua dekad yang lalu, telah memenangi banyak kejohanan di Amerika Utara dan pertandingan Antarabangsa. Master Luo adalah pengarang buku-buku diterima dengan baik pada Taijiquan, termasuk Taijiquan kerja muktamad: Satu Perspektif Evolusi. Pada tahun 2004, Master Luo telah diiktiraf oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa di Beijing sebagai Tahap Satu Pengadil Antarabangsa Wushu, dan 7 Duan (Gred) Pemegang dalam Wushu. Guru Master Luo bapanya, Grand Master Luo Ji-Hong, pengajar Taiji terkenal dan baik repected dan ulama di China.
kandungan: Siri dua cakera pengajaran memperkenalkan pergerakan 83 Borang Chen Style Taijiquan Pertama. Chen Gaya Taiji menekankan aspek seni mempertahankan diri, dan menekankan ballance betul antara keras dan lembut, Yin dan Yang. Pergerakan pertukaran antara cepat dan lambat, dari kadar eaven dan mantap untuk tumbukan dan tendangan kuat. Ini menjadikan ia mencabar bagi kedua-dua pengajar dan pelajar.

 kandungan:
Siri dua cakera pengajaran memperkenalkan pergerakan 83 Borang Chen Style Taijiquan Pertama. Chen Gaya Taiji menekankan aspek seni mempertahankan diri, dan menekankan ballance betul antara keras dan lembut, Yin dan Yang. Pergerakan pertukaran antara cepat dan lambat, dari kadar eaven dan mantap untuk tumbukan dan tendangan kuat. Ini menjadikan ia mencabar bagi kedua-dua pengajar dan pelajar.


Chen Style Taijiquan Borang Pertama - Ji Hong Tai Chi College AVI | RMVB 2000 kbps | 720x480 | 29,97 fps | MP3 128 kbps | 75 min. | 810 MB.Genre: Video Latihan / Memadam | Bahasa: Cina / BahasaInggeris


Link Download : mirror1
Link Download : mirror2

Honda jazz hibrid masih baru di malaysia .

Pertama kali Honda Jazz Hibrid diperkenalkan secara global adalah ketika Paris
Motor Show 2010.Telah pun berada di pasaran negara sejak pengenalannya minggu lalu,
Honda Jazz hibrid ditawarkan pada harga RM94,800 (dengan insurans).

Harga itu menjadikan Jazz sebagai model hibrid paling murah dalam pasaran negara
ketika ini.Menggunakan gabungan enjin 1.3 liter (L) i-Vtec dan Sistem Bantuan Motor
Bersepadu (IMA),Jazz Hibrid dikatakan mampu memberi kilas pada tahap rpm yang lebih rendah,cekap minyak dan rendah emisi.Dilengkapi dengan motor elektrik dan bateri,Jazz Hibrid lebih berat kira-kira 70 kilogram berbanding Jazz 1.5L biasa tetapi tahap penggunaan bahan apinya lebih jimat kira-kira 25 peratus.Penjimatan itu disumbang melalui rekaan badan yang aerodinamik, tayar dan brek yang mempunyai kurang rintangan serta angkup seretan rendah yang dipasang pada bahagian belakang. Menurut Ketua Projek Menyeluruh Jazz Hibrid Serba Baru,Shingo Nagamine,tangki minyak diletakkan di bahagian tengah,enjin dan motor elektrik di bahagian hadapan sementara unit IPU iaitu inverter dan bateri diletakkan di belakang.

“Unit IPU dilengkapi salur udara yang diletakkan di dalam kenderaan bagi mengelakkannya
terdedah dan telah diuji di Thailand di mana cuaca yang sama dengan Malaysia dan tiada
isu berkaitan kelembapan bateri dan selamat digunakan. “Malah,bahagian suspensi belakang turut menerima peningkatan bagi menampung berat bateri
dan inverter,” katanya.

Oleh kerana kedudukan bateri yang diletakkan di bahagian bawah lantai but,isu banjir
juga perlu diambil kira.Mengulas tentang itu,Shingo berkata ia dilindungi dari air,
maka tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

Oleh kerana kedudukan bateri yang diletakkan di bahagian bawah lantai but, isu banjir juga perlu diambil kira. Mengulas tentang itu, Shingo berkata ia dilindungi dari air, maka tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

"Walau bagaimanapun, jika paras air mencapai lebih tinggi daripada casis, maka ada kemungkinan bahawa air mungkin meresap ke dalam bateri dan menyebabkan ia rosak. Sekiranya itu berlaku, bekalan bateri secara automatik akan terputus untuk mengelak sebarang kejutan elektrik," katanya.

Selain itu, Honda Jazz juga tidak didatangkan dengan tayar ganti kerana ruang lantai bawah but yang kini diduduki oleh bateri sebaliknya ia digantikan dengan kit kecemasan. Bagi meningkatkan pengalaman memandu di bandar, volum bantuan motor ditala ketika ia dihidupkan dan mula bergerak. Sebagai tambahan, mod pemanduan ECON ditetapkan bagi memberikan pemanduan pada kelajuan rendah menjadi lebih lancar.

Turut ditambah adalah fungsi Eco Assist bagi membantu pemandu memperoleh penjimatan maksimum daripada kereta mereka dalam pemanduan setiap hari. Fungsi itu juga menawarkan pengguna maklum balas pada masa sebenar bahawa cara mereka menekan brek dan pendikit memberi kesan ke atas penjimatan minyak dan alam sekitar.

Dari segi ruang, Jazz mengekalkan kawasan but normal (atas lantai) dengan kapasiti 300 liter dan membolehkan tempat duduk Ultra Seat dilipat sama seperti versi Jazz bukan hibrid yang memberikan ruang kargo kepada 846 liter.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi enam beg udara, struktur badan G-CON, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Pemula Atas Bukit (HSA), ABS, EBD dan BA. Untuk ketenangan fikiran, Honda Malaysia Sdn Bhd menawarkan jaminan pek bateri sistem hibrid selama tempoh 5 tahun atau 140,000 kilometer jarak perbatuan yang mana terdahulu. Untuk keterangan lanjut layari :  Hondajazz : Sumber : BeritaHarian

Messi lakar sejarah baru .


LIONEL Messi mencetak namanya dalam buku rekod dengan menjaringkan gol ke-234
untuk Barcelona,kelmarin ketika jaringan hatrik olehnya membantu juara kelab
dunia membelasah Granada 5-4 dalam saingan La Liga di Nou Camp.

Bintang Argentina berusia 24 tahun itu mengikis rekod lama - 232 gol - milik
Cesar Rodriguez yang bertahan selama 60 tahun dengan media di Sepanyol
menghambur katakata pujian ke atas pemain terbaik dunia tiga kali itu.

Messi juga mencipta rekod Sepanyol dengan 54 gol dalam semua kejohanan
dalam satu musim.Peledak berbisa itu juga memintas Cristiano Ronaldo
selaku penjaring terbanyak liga ketika ini.