18 Mar 2012


VIENNA: Seorang petani yang sedang mencari kucingnya menemui lubang yang dipercayai mengandungi sebuah
objek terbang tidak dikenali (UFO) terbesar setakat ini.

Franz Knoglinger, 47, menemui lubang bulat sedalam 7.62 meter, di barat laut Austria ketika mencari kucing
malam Ahad lalu dan mula menyiasat untuk mengetahui apa yang ada di dalam lubang berkenaan.

“Saya mencari kucing peliharaan keluarga apabila ternampak lubang itu. Saya tidak tahu ia sedalam mana
jadi saya lempar seketul batu dan mendengar bunyi kuat seperti besi.

“Saya dapat mencari magnet besar dan melemparkan ia ke bawah hingga melekat pada sesuatu. Ada sesuatu yang
besar di bawah sana. Ia juga kedengaran seperti ada ruang kosong di sekitar objek itu. Ia kedengaran seperti ada
bilik di bawah tanah ,” katanya kepada Austrian Times.

Beliau turut menghubungi tukang paip, yang menurunkan kamera tetapi gagal berfungsi sebaik mendekati objek berkenaan.
Knoglinger berkata, gangguan itu mungkin disebabkan oleh medan elektrik.

Spekulasi kehadiran UFO itu sudah menarik kunjungan 500 orang dalam masa sehari, lapor Salzburger Nachrichten.
Pakar arkeologi memberitahu akhbar itu lubang berkenaan mungkin terbentuk apabila balak yang berada di bahagian
bawah tanah itu reput.

Namun ia tidak menjelaskan mengenai objek besi yang disangka penduduk tempatan mungkin bom zaman perang atau kapal angkasa
yang tertanam, kata Knoglinger kepada Austrian Times.

Pakar geologi dijangka melawat kawasan itu dan mengadakan ujian sebelum kerja penggalian dilakukan. –Agensi

p/s : mcm² le . hehe

sumber : bernama

No comments:

Post a Comment